Thursday 23 February 2017

Shin Chan Malay - Saya Budak Bertuah


Part 1 - Shin Chan Saya Budak Bertuah. Episod ini mengisahkan shin chan bertuah kerana memenangi sehelai tuala yang mamanya menggunakan nama shin chan untuk menghantar poskad. Selain itu, shin chan pernah memenangi kupon 500 yen semasa mencabut cabutan bertuah di sebuah kedai. Jadi papa dan mama shin chan ingin gunakan shin chan sebagai kesenangan hidup mereka suatu hari nanti tetapi apa yang mereka dapat adalah sebaliknya.

Part 2 - Shin Chan Pergi Menggali Keledek. Tadika shin chan pergi ke sebuah kebun keledek untuk menggali keledek disana. Kelas bunga ros ada seorang budak yang sangat mahir menggali keledek jadi kelas bunga matahari iaitu kelas shin chan rasa tercabar dengan budak tersebut. Semasa shin chan dan ai menggali keledek terdapat akar yang sangat besar. Mereka tidak dapat menariknya dan meminta pertolongan dari rakan2 yang lain. Mereka bersama-sama menariknya tiba tiba ubi keledek yang sangat besar keluar dari tanah. Sekaligus kelas mereka menjadi juara kerana dapat menggari ubi keledek yang sangat besar.

Part 3 - Shin Chan Panggil Saya Cik Adik. Nene yang terpengaruh hendakkan seorang pelayan yang ingin memanggilnya dengan panggilan cik adik. Jadi dia telahpun mengajak semua rakan2 nya untuk bermain pondok2 versi pelayan. Tetapi jalan cerita permainan pondok2 mereka musnah.

Download Link :

No comments:
Write comments